Debat Sinar, temukan BN, Pakatan Harapan

in Nasional by


SHAH ALAM – Sinar Harian hari ini, membawakan kepada pembaca suatu kelainan dengan menemukan dua ‘musuh’ politik dalam satu pentas.


Mereka adalah Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddid Syed Abdul Rahman yang akan berentap dan beradu idea dengan Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin.


Mereka berdua akan membahasakan tajuk Apa pilihan anak muda: BN atau Pakatan Harapan menerusi pentas Debat Sinar Harian.


Ia akan dikendalikan oleh Amin Idris selaku moderator dan berlangsung dari jam 3.00 hingga 5.00 petang di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini, hari ini.


Bagi yang tidak berkesempatan hadir, boleh saksikan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian.


Saksikan Debat Sinar dengan pertembungan dua anak muda hebat!


Moderator: Siapa pilihan anak muda?


Rahman Hussin: Saya ingin berkongsi, bahawa kerajaan BN ambil berat nasib rakyat, sebagai seorang ibu kita merencana, melaksanakan agar tidak menjadi korban masa depan negara.


Moderator: Siapa pilihan anak muda?


[3. 40 PM] Rahman Hussin: Saya ingin berkongsi, bahawa kerajaan BN ambil berat nasib rakyat, sebagai seorang ibu kita merencana, melaksanakan agar tidak menjadi korban masa depan negara.


[3.43 PM] Saya tekankan BN bukan tiada kesilapan, kadang-kadang lidah tergigit lidah, begitu juga BN. Jangan kerana silap buat keputusan kerajaan terus dihukum kerana tersilap buat keputusan.


[3.45 PM] Syed Saddiq: Saya ingin tujukan ucapan kepada Hadi, yang bawa Grab. Selepas graduasi terpaksa bawa Grab kerana tiada peluang pekerjaan.


Saya nak bincangkan tiga perkara iaitu isu pekerjaan, pendidikan dan reformasi institusi. Kita perlu kaji gaji anak muda Jika anak muda pada 2007 dapat RM2,000 dan ada peningkatan tetapi tak cukup untuk tampung kos sara hidup. Majoriti anak muda gagal tampung kos sara hidup yang tinggi Kedua, isu lambakan pekerja asing lebih tujuh juta orang.


[3.47 PM] Rahman Hussin: BN merancang dan melaksana untuk rakyat serta beri peluang dan ruang kepada mana-mana individu baik usia, bangsa dan agama.


[3. 51 PM] Syed Saddiq: Laporan media menunjukkan ramai anak muda berhijrah ke Australia jadi pemetik buah dan ke Korea untuk jadi Pati. Apa solusi untuk elakkan kebergantungan pekerja asing? Kena ada proses pembekuan tenaga asing.


Zaman Tun M, kadar pendapatan rakyat meningkat dua kali ganda.


[3. 53 PM] Rahman Hussin : Apa yang lebih besar perjuangan memilih antara kerajaan yang konsisten danĀ  politik kejahilan, fitnah dan kebatilan.


Peluang pekerjaan sentiasa ada dan kenaikan gaji berkait rapat dengan kemahiran yang dimiliki individu itu.


Berkaitan dengan peluang pekerjaan tahun ini BN akan laksanakan karnival kerjaya dengan 20,000 peluang pekerjaan. Begitu juga dengan tahun lepas kita ada 15,000 peluang pekerjaan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]