Hishamuddin kagum dengan perpaduan BN Sarawak

in Politik by


KUCHING – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin kagum dengan kesatuan dan perpaduan BN negeri pimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.


Beliau berkata, walaupun suasana politik menjelang PRU14 tidak semeriah di semenanjung pada ketika ini, namun beliau pasti semua parti di negeri ini memahami perjuangan BN yang bersatu hati.


“Ini terbukti apabila semua parti komponen memahami bahawa perjuangan kita ini sama, kita berada dalam bahtera sama dan ini bukan sesuatu yang mudah untuk kita bina.


“Walaupun ia tidak semeriah seperti yang diharapkan, yang penting kita bersatu. Apa guna meriah sekampung tapi maruah tergadai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Perkasa Perwira Kuching 1 Divisyen di Kem Muara Tuang di sini, hari ini.


Hishamuddin berkata, struktur dan perancangan BN di negeri ini juga membanggakan  apabila tiada percakaran antara parti komponen ketika percalonan.


“Saya lihat sendiri semasa pilihan raya negeri ke-11 (PRN11) lalu dan saya berharap untuk peringkat PRU14 kali ini juga tidak lari daripada semangat sama,” katanya.


Beliau mewakili kepimpinan tertinggi BN menyatakan rasa gembira dan lega dengan suasana politik yang tenang di negeri ini. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]