Jokowi sertai konvoi motosikal

in Global by


SUKABUMI – INDONESIA. Presiden Joko Widodo atau Jokowi menyertai konvoi motosikal selama tiga jam dengan menunggang Royal Enfield Bullet 350 cc berharga 140 juta rupiah (RM38,000) miliknya, semalam.


Konvoi sejauh 30 kilometer disertai puluhan ‘bikers’ bersama Menteri Kerja Umum dan Perumahan Rakyat, Basuki Hadimulyono itu bermula dari Pejabat Kecamatan Bantar Gadung dan berakhir di Pesanggrahan Tenjo, pantai Pelabuhan Ratu kira-kira jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan).


Jokowi yang bergaya santai turut meninjau dua program pengairan dan takungan serta menikmati makan tengah hari di sebuah restoran.


Ketika ditanyakan tentang pengalamannya mengikuti konvoi itu, Jokowi sempat berseloroh, “Ya namanya bawa motosikal, ‘breng breng breng’ begitu saja.


“Setiap petang, saya sering menunggang motosikal itu di sekitar Istana. Jadi, saya sudah biasa,” ujarnya sambil ketawa.


Menurutnya, beliau juga pernah menunggang motosikal ketika melawat jalan di Papua.


“Sebelum jadi datuk bandar (Solo), saya sering menunggang motosikal untuk ke mana-mana,” jelasnya lagi. – Kompas.com


Source: SH Global

[featured-video-plus]