Kuantan FA serba tempang

in Sukan by


KEHILANGAN 10 tonggak utama pasukan yang menyertai pasukan lain dalam saingan Piala FAM 2018 satu tamparan hebat buat Kuantan FA menjelang aksi Liga Premier 2018 menentang Pulau Pinang di Stadium Selayang, petang esok.


Difahamkan tindakan penghijrahan tonggak utama ini dibuat berikutan masalah tunggakan gaji yang gagal dijelaskan pengurusan hingga memberikan kesan kepada kehidupan harian.


Ketua Jurulatih Kuantan FA, Ismail Zakaria berkata, pasukannya bakal turun serba tempang dalam aksi di laman sendiri menentang Pulau Pinang petang ini.


“Mereka (pemain) mengambil tindakan ini susulan sudah tidak mampu bertahan dengan kemelut pembayaran gaji. Kami kehilangan 10 pemain utama, sudah tentu ia bukan kerja yang mudah untuk beraksi menentang Pulau Pinang.


“Pastinya sukar untuk aksi petang ini, apa pun kami mengharapkan keputusan positif mampu diraih dan pemain memberikan tumpuan sepenuhnya sehingga wisel penamat dibunyikan,” katanya.


Kuantan FA kini berada di kedudukan kelapan selepas meraih satu kemenangan dan dua seri serta dua kalah untuk mengutip lima mata.


Untuk rekod anak didik Ismail memulakan saingan dengan kekalahan di tangan Sarawak (1-0) pada 2 Februari sebelum meraih satu mata ketika menentang MISC (1-1) selang empat hari kemudian.


The Seagulls terus gagal meraih kemenangan pada aksi ketiga menentang UiTM ( 10 Februari) selepas diikat seri 1-1, namun kemenangan sulung yang dicari Kuantan FA akhirnya menjelma selepas menundukkan cabaran UKM FC, 4-0 pada 23 Februari 2018.


Hasrat Kuantan FA untuk meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan kelima menentang Felda United bagaimanapun tidak kesampaian apabila tewas 0-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang, 9 Mac 2018.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]