Penderma sperma mesti taat kepada Parti Komunis

in Global by


BEIJING – Satu-satunya bank sperma di Beijing menetapkan syarat ketat kepada individu yang mahu mendermakan sperma mereka.


Peking University Third Hospital menetapkan syarat, penderma mestilah seorang yang patriotik dan taat kepada Parti Komunis.


“Lelaki berusia 20 hingga 45 tahun yang berhasrat menderma sperma mesti mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap negara, setia dan menyokong kepimpinan Parti Komunis serta mematuhi undang-undang.


“Penderma yang memenuhi kriteria akan menerima bayaran berjumlah AS$900 (RM3,484),” menurut kenyataan dikeluarkan hospital berkenaan.


Kempen kontroversi itu berakhir hujung bulan depan.


Ketika ini terdapat 23 bank sperma di seluruh China dan separuhnya daripadanya mengalami kekurangan bekalan sperma yang kronik. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]