Soal gaji naik bukan berpunca dari polisi kerajaan

in Nasional by


SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin menjelaskan, soal gaji tidak naik bukan berpunca daripada polisi kerajaan sebaliknya, disebabkan situasi yang berlaku di seluruh dunia dan keputusan yang dibuat oleh pemilik perniagaan itu sendiri.


Katanya, Bank Dunia mengeluarkan kenyataan memaklumkan sejak 1970-an hingga 2014, kenaikan gaji pekerja berlaku sekitar 33 peratus sahaja.


“Adakah kita selaku kerajaan boleh arahkan pemilik perniagaan ini untuk menaikkan gaji pekerja mereka.


“Jika begitu, kita tidak boleh jadi kerajaan demokrasi sebaliknya kerajaan diktator untuk memaksa pemilik perniagaan naikkan gaji pekerja,” katanya dalam Debat Sinar Harian, Apa Pilihan Anak Muda: Barisan Nasional atau Pakatan Harapan? hari ini.


Katanya, gaji yang diterima berkait rapat dengan kemahiran dan produktiviti pekerja itu sendiri.


“Saya faham bahawa banyak mengadu kata gaji hanya naik tiga peratus tetapi harga barang naik sehingga lima peratus. Kita kena faham gaji berkait rapat dengan kemahiran dan produktiviti.


“Menyedari perkara tersebut, kerajaan BN memperkenalkan   program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Sepanjang lima tahun ini TVET mempunyai 600,000 peserta program ini,” katanya.


Menyentuh dakwaan mengatakan peluang pekerjaan sangat sempit, Rahman berkata, tahun lalu karnival kerjaya anjuran Pemuda Umno telah memberi kira-kira 15,000 peluang pekerjaan kepada para graduan.


“Minggu depan kita akan buat karnival kerja dengan menawarkan 20 peluang pekerjaan dan kalau itu masih dikatakan masih tidak banyak,” katanya. – Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]