Speaker Terengganu serah notis bubar Dun kepada SPR

in Politik by


KUALA TERENGGANU – Speaker Dun Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong hari ini menyerahkan watikah pembubaran Dun Terengganu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Terengganu.


Mohd Zubir menyerahkan watikah itu kepada Pengarah SPR negeri, Nik Andy Suwardy Amry di Wisma Darul Iman di sini, pada jam12 tengah hari ini.


Pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya negeri  diadakan serentak dengan PRU14.


Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan pembubaran Dun selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin jam 10.17 pagi tadi.


Kemudiannya watikah tersebut diserahkan kepada Mohd Zubir dalam satu majlis ringkas dengan turut dihadiri Exco kerajaan negeri dan Adun.


Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan masing-masing empat disandang BN dan Pas. BN menang 17 daripada 32 kerusi Dun manakala Pas(14) dan PKR (satu).  РBernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]