Dakwa disaman sebab guna aplikasi Waze

in Edisi Selangor KL by


SUBANG JAYA – Pengguna jalan raya yang rakaman suaranya tular di laman sosial dan mendakwa dia disaman kerana menggunakan aplikasi Waze sebenarnya dikenakan tindakan itu kerana memegang telefon bimbit ketika memandu.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menyemak dan meneliti perkara itu selepas gambar saman dan rakaman suara orang kena saman tular di media sosial sejak kelmarin.


“Saya dah semak dan teliti. Dia disaman sebab guna telefon bimbit (sebelah tangan memegang telefon bimbit) ketika memandu.


“Bukan isu menggunakan aplikasi Waze atau apa sahaja aplikasi dalam  telefon bimbit. Jika telefon bimbit diletak pada pemegang atau di ‘dashboard’ tidak menjadi kesalahan,” katanya.


Terdahulu, tular mengenai rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa dia disaman kerana menggunakan aplikasi Waze.


“Nak bagi tahu sesiapa yang menggunakan Waze tak kiralah tengah ‘on’ My Car atau pun tak tahu jalan ke, pegang ke gantung ke tetap tak boleh, kena saman.


“Saya pun tak tahu kenapa.. saya dah kena saman sebab tengok Waze,” katanya dalam rakaman suara yang tular di aplikasi WhatsApp sejak kelmarin.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]