GABIR tawar keuntungan berganda

in Bisnes by


GABIR Malaysia menawarkan keuntungan yang belum pernah ditawarkan oleh mana-mana aplikasi e-hailing kepada pemandunya apabila memberikan sebulan percuma perkhidmatan aplikasi pada setiap to-up bernilai RM50.


Tawaran ini membolehkan pemandu GABIR Malaysia mendapat keuntungan pada bulan berikutnya tanpa perlu berkongsi sebarang komisen atau caj perkhidmatan.


Pemilik GABIR Malaysia, Hairuddin Tahir berkata, tawaran ini bagi membolehkan pemandu GABIR Malaysia,  menikmati keuntungan lebih bagi membolehkan mereka memberikan perkhidmatan dengan lebih efisien dan mesra pelanggan.


Selain pendaftaran percuma,  GABIR Malaysia juga memperkenalkan perkhidmatan tanpa sempadan. Iaitu membenarkan mana-mana pemandu berdaftar dengan GABIR Malaysia memberikan perkhidmatan GABIR  di seluruh negara tanpa perlu mendaftar mengikut zon atau negeri yang ingin dimasuki.


“Cukup hanya sekali daftar dan pemandu GABIR Malaysia boleh menjalankan perniagaan GABIR mereka di merata tempat di negara ini,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran GABIR Malaysia di Setia Alam, pada Sabtu lalu.


Menurut Hairuddin, selain itu, pengguna GABIR Malaysia pula boleh membuat tempahan awal, iaitu tujuh hari sebelum ingin menggunakan khidmat pemandu GABIR.


“Kita juga ada aplikasi yang pengguna boleh lihat mengenai perjalanan penerbangan yang mereka tempah. Ini membolehkan mereka tahu status penerbangan mereka jika ada mengalami kelewatan atau sebagainya.


“Kita juga menawarkan Sistem Korporat.   Sistem ini membolehkan  mana-mana pihak atau  syarikat yang ingin membuat tempahan untuk mengambil atau menghantar pelanggan mereka atau pekerja mereka dari satu destinasi ke destinasi lain.


“Semua ini kami sediakan kerana bagi GABIR, kami sedia berkhidmat untuk pelanggan asalkan mereka selesa dengan perkhidmatan kami,” katanya.


Bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan GABIR Malaysia, kadar caj yang dikenakan ialah RM1.10/km.


GABIR Malaysia yang dilancarkan pada 7 April lalu, secara simboliknya juga memberi alternatif baru kepada pemandu UBER yang tidak mahu meneruskan perkhidmatan dengan syarikat berkenaan selepas perkhidmatan syarikat itu ditamatkan dan diambil alih oleh Grab.


“Kita telah mengaktifkan perkhidmatan GABIR Malaysia di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur & Putrajaya), Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang. Dan insya-Allah dalam masa terdekat kita akan aktif di seluruh negara memandangkan sambutan daripada orang ramai yang ingin menjadi pemandu Gabir begitu menggalakkan,” katanya.


GABIR Malaysia mempelawa rakyat Malaysia yang ingin menjadi sebahagian daripada keluarga GABIR agar segera mendaftar sebagai pemandu GABIR Malaysia di aplikasi http.//gabir.co


Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan GABIR juga boleh memuat turun aplikasi ini menerusi Google Play atau App Store telefon pintar masing-masing


GABIR Malaysia merupakan produk yang dimiliki oleh GABIR HOLDING yang telah popular di beberapa daerah di Indonesia termasuk di Jakarta, Medan, Palembang dan seluruh Jawa Tengah. Dengan jumlah pemandu berdaftar yang sudah mencecah lebih 12,000 dalam tempoh pelancaran enam bulannya. Kini GABIR HOLDING mengambil langkah dengan membawa masuk perkhidmatan  e-hailing ini ke Malaysia atas nama GABIR Malaysia.


Dengan misi dan visi untuk memberi keselesaan kepada pemandu dan pengguna, GABIR yang bermaksud AMAN atau SELESA  yakin dengan kelebihan insentif yang disediakan untuk pemandu dan pelbagai kemudahan serta keselesaan yang diberikan kepada pengguna, GABIR Malaysia akan menjadi pilihan terbaik bagi rakyat Malaysia dan mereka yang ada di negara ini yang ingin menggunakan perkhidmatan  pengangkutan.

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]