Jaminan peluang pekerjaan lebih berkualiti

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Isu pekerjaan adalah jaminan pertama yang disediakan BN sekiranya diberikan mandat baharu pada PRU14 kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Program Pembentangan Jaminan Orang Muda #JomBN, malam ini.


Menurutnya, seperti mana yang disebutkan di dalam  manifesto BN, sebanyak tiga juta peluang pekerjaan yang berkualiti akan disediakan di samping kebergantungan kepada warga asing juga dikurangkan  kepada 15 peratus sahaja.


“Saya yakin majoriti orang muda Malaysia bukan hanya mahu digula-gulakan semata-mata, bukan hanya ingin ini percuma atau itu ditangguhkan semata-mata. Saya akan perjuangkan lebih banyak peluang pekerjaan yang lebih berkualiti untuk anda semua.


“Peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan, kurangkan pekerja asing. Cukuplah kita bagi muka kepada syarikat-syarikat yang nak cari keuntungan yang mudah dengan mengambil pekerja asing yang murah,” katanya pada pelancaran Manifesto Jaminan Orang Muda di Pusat Dagangan Dunia Putra, sebentar tadi.


Pada masa sama, beliau berkata, bagi pelajar universiti BN akan menyediakan latihan kemahiran Microsoft Office berkualiti, serta latihan industri di semester akhir pengajian.


“Jaminan pertama saya, mana-mana orang muda yang nak bekerja atau dapat latihan akan kita bagi peluang dalam enam bulan sahaja.


“Cukuplah  dengan graduan menganggur, cukuplah melihat pekerjaan untuk orang asing. Ini tawaran saya kepada orang muda,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]