‘Kami sentiasa jadi kawan’

in Bisnes by


PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, beliau mengakhiri pertikaian perdagangan dengan China, selepas tarif dan ancaman balas baru-baru ini yang telah membebankan pasaran.


“China akan mengurangkan halangan dagangannya kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.


“Cukai akan menjadi timbal balik dan perjanjian akan dibuat pada Harta Intelek Masa depan yang hebat untuk kedua-dua negara,” kata Trump menerusi akaun Tweeter miliknya.


Memetik laporan Channel NewsAsia, Trump berkata, beliau dan Presiden China Xi Jinping akan sentiasa menjadi kawan.


“Tidak kira apa yang terjadi dengan pertikaian kami mengenai perdagangan. Kami sentiasa menjadi kawan,” katanya.


Saham AS melambung lebih dua peratus pada Jumaat lalu, selepas Trump memberi amaran tarif tambahan import bernilai AS$100 bilion, dan telah menimbulkan tanggapan kuat dari Beijing bagi menangkis kebimbangan mengenai perang perdagangan.


Para pelabur tidak teragak-agak mengambil keputusan sendiri berikutan tindakan serta keputusan Presiden Amerika itu yang tidak menentu dan sambutan tegas dari China, yang bersumpah untuk berdiri teguh sehingga akhir.


Sesetengah pelabur global bagaimanapun, mengambil sikap tenang menerusi isyarat bahawa pentadbiran Trump mungkin mengambil garis panduan sebagai taktik tawar-menawar ke arah membuat perjanjian dengan China.


Berikutan keputusan Trump pada bulan Mac untuk mengenakan tarif pada bahan import keluli dan aluminium, dengan menyasarkan China, AS pada hari Selasa lalu telah menerbitkan senarai bernilai AS$50 bilion (AS$1= RM3.8700) pada barang-barang Cina yang akan dikenakan tarif berdasarkan apa yang dikatakan oleh Washington sebagai pencurian yang meluas terhadap  harta intelek dan teknologi.


China pula kemudiannya membalas dengan melancarkan levi yang dirancang pada eksport AS bernilai AS$50 bilion termasuk kacang soya, kereta dan pesawat kecil.


Trump selepas itu telah menyerang semula  serangan berkenaan pada Khamis lalu dengan mengarahkan pegawai perdagangan untuk mempertimbangkan levi tambahan pada import AS$100 bilion.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]