Konsert Bruno Mars 9 Mei: Tunggu kenyataan rasmi

in Hiburan by

Konsert Bruno Mars 9 Mei: Tunggu kenyataan rasmi


PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah telah mengumumkan bahawa hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan pada 9 Mei.


Kebetulan pula pada tarikh tersebut akan dilangsungkan Konsert Bruno Mars 24K Magic World Tour di Axiana Arena, Bukit Jalil.  Difahamkan kesemua tiket telah pun habis dijual.




Perkara ini telah mencetuskan tanda tanya di kalangan para peminat yang telah membeli tiket bagi menyaksikan konsert tersebut.


Menerusi kenyataan penganjut, PR Worldwide menerusi laman rasmi Facebook mereka meminta agar peminat bersabar dan menantikan pengumuman rasmi berhubung perkara itu.


“Terima kasih atas semua mesej dan panggilan telefon yang dibuat berhubung konsert Bruno Mars yang jatuh pada hari sama mengundi.


“PR Worldwide akan membuat kenyataan rasmi tidak lama lagi,” tulis wakil syarikat itu di Facebook.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]