Pengundi boleh ambil cuti atau ingatkan majikan

in Politik by


KUALA LUMPUR – “Ini keputusan yang dibuat SPR dan tidak ada kena mengena dengan BN,” kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sidang media selepas pelancaran Manifesto Jaminan Orang Muda #JomBN, sebentar tadi.


Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media berhubung rungutan rakyat terutamanya orang muda mengenai pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh PRU14 yang jatuh pada hari Rabu.


Mengulas lanjut, beliau berkata, notis mengenai tarikh PRU14 telah diberikan awal dan pengundi boleh memohon kepada majikan untuk mengambil cuti bagi melaksanakan tanggungjawab mengundi.


“Walaupun sebelum ini ada juga pilihan raya pernah berlaku pada hari Rabu, tapi saya faham ia luar biasa.


“Namun saya harap, oleh kerana kita telah diberi notis sebulan, semua pengundi akan dapat mengundi sama ada dengan mengambil cuti atau mengingatkan majikan bahawa mengikut undang-undang peluang mengundi perlu diberikan kepada pekerja. Majikan tidak boleh halang pekerja melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.


Selepas mengumumkan tarikh PRU14, SPR menerima pelbagai kritikan bukan hanya daripada rakyat, malah pemimpin pembangkang turut tidak bersetuju mengenai penetapan tersebut.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]