PM Israel ancam cederakan rakyat Palestin

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam memberi amaran kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza bahawa Israel tidak teragak-agak untuk mencederakan mereka jika cuba menyerang wilayah Yahudi itu.


“Kami mempunyai satu peraturan yang jelas dan mudah: Jika seseorang mahu menyerang, bangun dan serang mereka.


“Kami tidak akan membenarkan rakyat Palestin di sempadan Gaza mencederakan kami. Kami akan mencederakan mereka,” kata Netanyahu semasa lawatan ke bandar Sderot yang menjadi sasaran serangan roket rentas sempadan oleh militan di Gaza.


Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu jumlah korban keganasan rejim Zionis sejak protes besar-besaran di sepanjang sempadan Gaza-Israel 10 hari lalu kini mencecah 31 orang manakala beratus yang lain dilaporkan cedera.


Rejim Israel berkata, ia melepaskan tembakan apabila perlu untuk menghalang kerosakan kepada pagar sempadan, usaha menyusup masuk dan cubaan menyerang tenteranya. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]