Pokok reput timpa rumah

in Edisi by


LIPIS – Penghuni sebuah rumah di Kampung Dada Kering dekat sini tergamam selepas dikejutkan dengan bunyi kuat dari arah belakang rumahnya.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi Sabtu lalu, Amirul Safuan Mat Arif, 26 berkata, dia terus bangun menjenguk ke belakang rumah dan mendapati pokok pulai berdekatan menimpa bilik air, tandas dan stor rumahnya.


Bagaimanapun, Amirul Safuan memberitahu, dia sudah mengagak pokok reput itu akan tumbang kerana sebelum ini hanya menanti masa.


“Masa kejadian saya tengah tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat. Tak sangka pula pokok pulai yang terletak kira-kira 30 meter dari sini menimpa sebahagian rumah saya,” katanya.


Menceritakan kejadian malang itu katanya, ketika kejadian dia tidur bersendirian di rumah berkenaan sebelum tersedar akibat bunyi kuat.


“Sebelum ni memang ada hajat nak potong pokok tu tapi sebab dah tinggi sangat, risau juga kena ke bahagian rumah. Tapi tak sangka pula dalam pada risau tiba-tiba pokok tu tumbang sendiri dan kena  sebahagian rumah,” katanya.


Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Lipis, Roslan Harun bersama 30 Pemuda Pas Lipis hadir menghulurkan bantuan keperluan harian serta bergotong-royong membersihkan kediamannya, semalam.


“Kita terpanggil untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan bahagian rumah yang terjejas serta memotong pokok tumbang bagi meringankan beban yang ditanggung Amirul Safuan,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]