Polis cari lelaki cabut bendera

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Polis menerima tiga laporan mengenai tindakan seorang lelaki mencabut dan merosakkan bendera BN di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).


Tular video seorang lelaki bertindak mencabut, membuang dan mematahkan bendera BN yang dirakam pengguna jalan raya yang melalui Jalan Burhanuddin Helmi TTDI pagi kelmarin.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana unsur khianat.


Menurutnya, laporan polis yang diterima sejak kelmarin itu dibuat perakan video, tukang pasang bendera dan Pemuda BN.


“Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan masih merujuk kes tersebut kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


“Individu yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]