Sekolah cuti peristiwa khas pada 9 Mei

in Nasional by


KUALA LUMPUR  – Semua sekolah dalam negara diberi cuti peristiwa khas pada 9 Mei yang merupakan hari pengundian bagi PRU14, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Beliau berkata, 6,941 sekolah juga akan dijadikan pusat mengundi pada hari berkenaan.


“Cuti adalah kepada semua sekolah kecuali Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pendidikan Daerah, mereka bekerja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah ke-57 di sini, hari ini.


 Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin.


SPR hari ini mengumumkan antara lain tarikh pengundian PRU14 ditetapkan pada 9 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan pengundian awal adalah pada 5 Mei.


Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]