Sivasangari-Rachel tundukkan juara dunia

in Sukan by


KEJUTAN terbesar terhasil di gelanggang skuasy Gold Coast apabila beregu wanita negara, S Sivasangari dan Rachel Arnold mengejutkan gandingan juara kejohanan beregu dunia dari New Zealand, Joelle King dan Amanda Landers-Murphy dalam aksi pertama peringkat kumpulan.


Dalam aksi pertama kumpulan A itu, beregu wanita negara mencatat kemenangan 11-10, 11-10 sekali gus memperoleh mata berharga untuk mencerahkan peluang beraksi di final.


“Kami beraksi dengan baik hari ini walaupun terpaksa berhadapan dengan lawan yang kuat memandangkan mereka merupakan juara dunia.


“Jadi, sudah tentu ini satu permulaan yang hebat buat kami, namun kami perlu kekal fokus untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” kata Sivasangari dan Rachel selepas perlawanan.


Selepas ini, Sivasangari-Rachel akan berhadapan pula dengan beregu tuan rumah, Christine Nunn-Sarah Cardwell untuk mencerahkan laluan mereka beraksi di pentas akhir sekali gus menghadiahkan emas di Sukan Komanwel.


Kecemerlangan beregu wanita diteruskan juga oleh beregu campuran negara selepas gandingan Sanjay Singh Chal dan Aifa Azman turut menang ke atas lawan mereka dari Trinidad and Tobago, Kale Wilson-Charlotte Knaggs 11-4, 11-4.


Esok, mereka akan berdepan wakil Australia, Ryan Cuskelly dan Rachael Grinham untuk aksi kedua peringkat kumpulan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]