‘Tanding Langkawi, nanti saya umum’

in Politik by


PETALING JAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum mengesahkan sama ada akan berentap di Langkawi atau lokasi lain pada PRU14 ini.


Beliau secara bersahaja menyatakan masih keliru untuk memilih bertanding di Langkawi, Kubang Pasu, Putrajaya atau Pekan.


“Langkawi? Saya akan putuskan tak lama lagi, tapi keputusan mesti dibuat oleh jawatankuasa bukannya saya sendiri.


“Saya ada ada banyak pilihan tempat selain Langkawi, Kubang Pasu, Putrajaya atau Pekan. Sebab penduduk di situ cukup suka saya dicalonkan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan menyusul membawa  hadiah yang banyak,” katanya ketika sidang media, hari ini.


Meskipun, Mahathir belum sahkan secara rasmi namun hasil risikan mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di Langkawi berdasarkan beberapa persediaan rapi yang telah dirangka di pulau pelancongan terkenal itu.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]