1.8 juta pengundi berdaftar di Johor

in Politik by


JOHOR BAHRU – SPR Johor mengesahkan 1.82 juta pengundi berdaftar bagi negeri ini pada PRU14.


Pengarahnya, Shafie Taib berkata, jumlah tersebut diperoleh selepas pembersihan daftar pengundi dijalankan pejabat SPR negeri.


Menurutnya, angka berkenaan meliputi 200,000 pengundi baharu dan 26,865 pengundi awal.


“Daripada angka itu, 40 peratus atau 721, 690 merupakan pengundi yang berumur bawah 40 tahun,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Dan writ Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bagi 26 Parlimen Johor Bahru di sini, hari ini.


Shafie berkata, selepas kajian persempadanan semula, sebanyak 19 daripada 26 parlimen akan mengalami perubahan daripada segi jumlah pengundi di kawasan masing-masing.


“Tak ada pertambahan daripada parlimen dan Dun, cuma ada perubahan dari segi daerah mengundi.


“Sebelum ni daerah mengundi Parlimen A ke Parlimen B. Semua perubahan ni saya dah maklum kepada pegawai pengurus utk mereka ambil tindakan,” katanya.


Beliau berkata, kos bagi mengadakan pilihan raya umum di Johor pula dianggarkan kira-kira RM26 juta.


“Ia melibatkan perbelanjaan menyediakan logistik, barang percetakan dan penghantaran barang-barang,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]