'Ambo nak tolong ore Kelate'

in Nasional by


KOTA BHARU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kelantan mendapat pelbagai manfaat sepanjang sembilan tahun mengetuai kerajaan berbanding apa yang dilakukan di semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.


Perdana Menteri menegaskan, beliau berusaha membantu rakyat Kelantan dengan menyalurkan pelbagai bentuk projek pembangunan demi memastikan rakyat negeri mendapat manfaat dari negara.


“Sebagai pemimpin, kita kena buat yg terbaik, kita perlu buat sesuatu hari ini lebih baik dari semalam. Ambo (Saya) nak tolong ore Kelate (orang Kelantan) termasuk buat manifesto terbaik.


“Saya rasa apa yang saya lakukan lebih baik dari Perdana Menteri yang mentadbir 22 tahun. Takkan lepas ni nak harap orang berumur 93 tahun, dah masuk senja,” katanya.


Beliau berkata demikian  semasa berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Ketereh di sini hari ini.


Turut hadir Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.


Dalam ucapan itu, Najib  turut menjelaskan tindakan menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam manifesto BN  adalah kerana kecekapan pentadbiran kerajaan.


“Ia  ditambah dengan  kenaikkan harga minyak,  jika masa buat belanjawan harga minyak sekitar RM52 setong tetapi sekarang sudah meningkat, saya semak dan membuat keputusan kita perlu pulangkan kepada rakyat,” katanya.


Sementara itu, Annuar dalam ucapannya berkata, Tun  Mahathir perlu dikalahkan dalam PRU14 kerana mahu meminggirkan Kelantan sebagaimana cadangannya untuk membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya mengambil alih kerajaan.


Beliau berkata,seperti diketahui  Kelantan memerlukan  pembangunan kerana masih ketinggalan atas pelbagai faktor.


“Perdana Menteri sudah pecahkan tembok dengan membawa masuk projek ECRL, tiba-tiba beliau mahu membatalkannya, orang Kelantan tidak kira parti perlu kalahkan orang begini,”katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]