Ancasa Royale Pekan giat aktiviti promosi tarik pengunjung

in Bisnes by


HOTEL Ancasa Royale Pekan, milik Uda Holdings Bhd, terus mengekalkan kadar harga penginapan dan makanan yang berpatutan meskipun keadaan ekonomi semasa tidak menentu.


Pengurus Besarnya, Baharin Baharudin berkata, walaupun prestasi kewangan hotel menyusut berikutan kenaikan kos sara hidup namun pihaknya giat melakukan pelbagai promosi untuk menarik lebih ramai pelanggan.


Beliau berkata langkah itu juga bertujuan memastikan kelangsungan Ancasa Royale Pekan.


“Pekan terkenal sebagai daerah hab automotif, pendidikan, pelancongan serta Bandar Diraja. Kita mendapat sokongan daripada sektor automotif dan pendidikan dengan banyak aktiviti dilakukan oleh organisasi dan institusi pendidikan di sini.


“Kami menyediakan pakej mesyuarat melalui penyediaan bilik mesyuarat yang besar dan selesa untuk mereka mengadakan aktiviti di sini, malah pelanggan juga menperoleh pakej penginapan yang menarik pada harga yang berpatutan,” katanya di Pekan, Pahang.


Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas memperkenalkan juadah Ramadan Buffet bertemakan Kampung Boy.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]