BN lancar manifesto 21 April

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN – BN Negeri Sembilan akan melancarkan manifestonya pada 21 April ini pada jam 10 pagi bertempat di Royal Chulan Seremban.


Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya bersama parti komponen yang lain akan melancarkan manifesto tersebut yang lebih bersifat ke arah kenegerian.


“Manifesto BN Negeri Sembilan akan berfokus kepada keperluan masyarakat negeri ini, kita akan memperkasakan lagi rancangan yang sedia ada, serta menambahbaikkan perancangan pembangunan yang akan dan sedang dilaksanakan.


“Manifesto negeri ini nanti akan lebih selari dengan falsafah negeri iaitu, Memakmurkan Negeri dan Mensejahterakan Rakyat, selain menambah nilai daripada manifesto yang sedia ada.


“Manifesto Kebangsaan yang dilancarkan itu amat cantik dan sempurna, tetapi di peringkat negeri ini kita akan lebih berfokus kepada isu tempatan yang perlu diberi perhatian serta lebih dekat di hati rakyat Negeri Sembilan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Negeri dekat sini, semalam.


Sementara itu Mohammad memberitahu, beliau sehingga kini masih lagi terkesan dengan pengundian yang pada mulanya akan dilaksanakan pada hari waktu bekerja.


Katanya, sebanyak 48 peratus pengundi di Dun Rantau adalah terdiri daripada mereka yang bekerja di luar Seremban, dan ini akan memberi kesan kepada orang keluar mengundi.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]