Bunuh penduduk Rohingya, tujuh tentera dipenjara

in Global by


YANGON – MYANMAR . Seramai tujuh tentera Myanmar, semalam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana terlibat dalam pembunuhan 10 penduduk Islam Rohingya pada tahun lalu.


Tatmadaw dalam satu kenyataan memaklumkan hukuman kerja berat turut akan dikenakan ke atas mereka kerana ‘menyumbang dan mengambil bahagian dalam kekejaman’ itu.


“Empat pegawai dan tiga anggota didapati bersalah oleh mahkamah tentera atas perbuatan mereka di perkampungan Inn Din,” menurut kenyataan Tatmadaw yang dimuat naik di laman Facebook.


Awal tahun lalu, tentera akhirnya mengaku buat pertama kali bahawa mereka terlibat dalam pembunuhan ke atas etnik minoriti tersebut.


Difahamkan, kematian mereka disiasat oleh dua wartawan Reuters yang kini masih ditahan di Myanmar.


Hari ini, hakim akan memutuskan sama ada kes tersebut akan digugurkan atas alasan kekurangan bukti. – BBC


 


 


Source: SH Global

[featured-video-plus]