Harapan dakwa kerajaan negeri politikkan isu air

in Politik by


JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (Harapan) dakwa kerajaan negeri sengaja politikkan isu kenaikan tarif air di negeri ini.


Timbalan Pengerusi Dasar Biro Tawaran dan Dasar Harapan Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan negeri sepatutnya mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut berbanding menuding jari pada kesilapan lalu.


“Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sepatutnya ada solusi dan bukan menyambung perkara itu dan hanya salahkan semua punca kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Beliau patutnya keluarkan idea baharu dan bincang dengan mana-mana pihak. Kenapa beliau tidak boleh gunakan perkara itu sebagai usaha,” katanya kepada Sinar Harian.


Terdahulu, Mohamed Khaled mendakwa kenaikan tarif air di Johor itu berpunca daripada kerajaan pimpinan Muhyiddin yang telah melakukan pengkorporatan dengan meluluskan projek infrastruktur air.


Kesannya, kerajaan negeri didakwa berhutang  RM4.5 bilion sehingga kerajaan pusat terpaksa mengambil alih semula projek berkenaan.


Menjawab dakwaan tersebut, Dzulkefli berkata, beliau dimaklumkan projek berkenaan adalah untuk manfaat kerajaan negeri secara tidak langsung menyediakan pelan sokongan sekiranya berlaku situasi sukar pada masa akan datang.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]