Kekal jenama unggul

in Bisnes by


HMD Global, pembuat telefon pintar Nokia menyasarkan mampu menjadi lima jenama telefon pintar utama kepada pengguna akhir tahun ini, selepas memperkenalkan dua produk terbaharunya iaitu Nokia 1 dan Nokia 7 Plus.


Pengurus HMD Global (Malaysia dan Myanmar), Vijay Thangavelu berkata, pihaknya komited memastikan Nokia 1 dan Nokia 7 Plus menjadi pilihan, yang mana memberi akses teknologi kepada orang ramai.


“Apabila Nokia 1 dan Nokia 7 Plus boleh didapati di pasaran kelak, kami sasarkan jenama ini menjadi pilihan sekali gus mampu menjadi lima jenama telefon pintar utama, akhir tahun ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Nokia 1 dan Nokia 7 Plus di The Bee@Publika Kuala Lumpur yang turut dihadiri Ketua Bahagian Pemasaran (Malaysia dan Myanmar), Liew Huey Ling.


Beliau berkata, dengan trend pengguna telefon asas yang kini mula beralih kepada telefon pintar, pihaknya melihat peluang bagi Nokia 1 untuk menjadi pilihan ramai.


“Ini adalah satu lagi perkembangan teknologi capaian, Nokia 1 menawarkan keperluan telefon pintar dengan reka bentuk sedia ada lebih segar dan kualiti terbaik untuk peminat telefon Nokia,” katanya.


Tambahnya, sebagai peneraju pasaran nilai bagi telefon asas, Nokia memahami cabaran-cabaran dihadapi apabila pengguna ingin beralih kepada telefon pintar dan ini merupakan sebab utama Nokia 1 diperkenalkan sebagai telefon pintar paling berpatutan.


“Dengan Nokia 1, kami menggabungkan jaminan kualiti dan reka bentuk telefon pintar Nokia dengan perisian terbaharu Android Oreo (edisi Go) untuk memberi nilai hebat dan memenuhi impian kami dalam mencipta pengalaman telefon pintar yang lengkap kepada semua,” katanya.


Menurut Vijay,  bagi Nokia 7 Plus pula,  ia adalah sebuah telefon yang boleh diharap dengan reka bentuk unik dan teknologi pengimejan inovatif sekali gus merupakan jenama terbaik dalam lingkungan telefon pintar Nokia.


“Kami tahu peminat  jenama kami telah melakukan banyak perkara dengan telefon bimbit masing-masing seperti mengambil gambar, menonton video, meneroka pengetahuan baharu, bekerja dan bermain.


“Sebab itulah kami menghasilkan Nokia 7 Plus bagi membolehkannya dijadikan teman setia ke mana sahaja dan ia bersedia  memberikan pengalaman terbaik dengan skrin besar berkualiti,” katanya.


Nokia 1 dan Nokia 7 Plus kini boleh didapati di rangkaian kedai Nokia di seluruh negara mulai 13 April (Nokia 1) dan 20 April ini (Nokia 7 Plus).


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]