Laporan itu spekulatif dan salah!

in Bisnes by


MALAYSIA Airlines menyatakan bahawa pihaknya tidak menawarkan sebarang proses tender untuk pesawat badan lebar seperti dilaporkan sebuah agensi berita asing.


Laporan daripada Reuters berkenaan menyatakan, ‘Malaysia Airlines launches widebody tender process, could oust Boeing 787 deal’ (Malaysia Airlines tawarkan proses tender pesawat badan lebar, boleh membatalkan perjanjian Boeing 787).


Sehubungan itu, Malaysia Airlines ingin menjelaskan bahawa laporan berkenaan adalah spekulatif dan salah.


Malaysia Airlines dalam kenyataannya memberitahu, artikel berkenaan yang memetik sumber tidak dinamakan, menyatakan Malaysia Airlines menawarkan proses tender baharu untuk 20 hingga 30 pesawat badan lebar yang boleh menggantikan perjanjian dengan Boeing seperti dipersetujui sewaktu lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke Amerika Syarikat, tahun lalu.


Menurut syarikat penerbangan itu, pada masa ini tiada proses tender seperti didakwa dan memorandum persefahaman dengan Boeing seperti diumumkan Perdana Menteri adalah kekal.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]