Lelaki OKU hilang sejak 9 hari

in Edisi Terengganu by


DUNGUN- Seorang wanita merayu bantuan orang ramai untuk sama-sama mengesan adiknya yang hilang sejak sembilan hari lalu.


Nur Hafidah Salem, 32 berkata, adik tirinya, Mohd Khairul Hafizul Jaafar, 30 yang mengalami masalah mental tidak pulang selepas keluar dari rumah di jalan berek Kastam pada 3 April lalu.


Menurutnya, adiknya yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) keluar menunggang motosikal kira-kira jam 5.00 petang.


“Adik saya mengalami masalah gangguan mental sejak dua tahun lalu tetapi dia tidak pernah berkelakuan seperti ini.


“Tidak pernah berlaku kejadian dia tidak pulang atau hilang sebelum ini.


“Sebelum keluar dia ada memberitahu emak mengatakan ingin ke Kuantan kerana ayahnya ada di sana,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Bagaimanapun, katanya, selepas diperiksa adiknya tiada di Kuantan.


“Apabila kami hubungi ayahnya dimaklumkan dia tiada di sana.


“Kami dah cari serata tempat tetapi sudah hampir sepuluh hari tidak juga ditemui,”katanya.


Nur Hafidah berkata, dia berharap orang ramai yang mempunyai maklumat atau terserempak dengan Khairul Hafizul segera menghubunginya atau balai polis berhampiran.


“Pada hari kejadian dia tidak pulang sehingga lewat pagi dan pada jam 4.00 pagi kami mencarinya tetapi tidak jumpa.


“Pada jam 5.00 pagi, satu laporan polis di buat di Balai Polis Dungun.


“Kami bimbang sekiranya kejadian tidak diingini menimpa dan berharap orang ramai dapat membantu,”katanya.


Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pemuda ini boleh hubungi Nur Hafidah di talian 013-3915679 atau balai polis Dungun di talian 09-8482222.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]