Mi goreng lebih terangkat!

in Bisnes by


ADABI Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi), yang terkenal dengan makanan tradisi masyarakat Malaysia melancarkan produk terbaharu yang pastinya memenuhi citarasa pengguna iaitu perencah Mee Goreng.


Produk yang berasaskan pes ini mengandungi semua ramuan diperlukan, selain sangat mudah, cepat disediakan dan rasanya sudah tentu sedap terutamanya kepada penggemar masakan mi goreng.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Adabi, Syed Mahadzir Syed Manshor, idea menghasilkan perencah Mee Goreng ini tercetus selepas pihaknya melakukan kajian dan mendapati mee goreng antara menu kegemaran rakyat Malaysia.     


“Perencah Mee Goreng menjadi pilihan untuk sarapan pagi, minum petang mahupun malam. Dengan terhasilnya perencah Mee Goreng Adabi yang pertama di pasaran ini, ia dapat memenuhi citarasa dan diterima baik oleh pengguna.


“Ia mudah disediakan, pengguna hanya memerlukan masa kira-kira limit untuk menyediakan mee goreng yang sedap.


“Sejak berada di pasaran bermula Mac lalu, sebanyak 200,000 karton telah dijual. Ini memberi petunjuk bahawa perencah Mee Goreng Adabi mendapat permintaan yang baik,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran produk tersebut, semalam.


Beliau berkata, pihaknya menyasarkan jualan tahunan 2018 sebanyak RM2 juta dengan pengenalan produk terbaharu ini.


Selain daripada mi kuning, penggunaan perencah Mee Goreng ini juga sesuai untuk kuey tiaw, spaghetti dan mi segera.


Perencah ini boleh didapati dalam dua pembungkusan iaitu dalam paket 60 gram pada harga RM1.40 dan paket 120gram, pada harga RM2.60.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]