Munasabah kempen 11 hari

in Politik by


SEREMBAN – Tempoh berkempen selama 11 hari ditetapkan Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) bagi PRU14 dilihat cukup munasabah.


Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata, masa diberikan tidak jauh beza berbanding PRU tahun terdahulu.


“11 hari pun dah memadai. Sebab bila lagi panjang tempohnya, kos perlu ditanggung akan jadi lebih tinggi,” katanya.


Bagaimanapun, beliau mempunyai pandangan tersendiri apabila menyentuh mengenai tarikh pengundian yang ditetapkan pada 9 Mei depan.


“Proses mengundi pada hari Rabu, nampak kurang sesuai. Tak mustahil, akan sebabkan jumlah keluar mengundi berkurang.


“Pada masa sama, beri gangguan pada sektor kerajaan dan swasta memandangkan itu hari bekerja.


“Melainkan hari itu diumumkan sebagai cuti peristiwa atau cuti khas,” katanya, semalam.


Selain itu, kata beliau, kesesakan pasti berlaku berikutan orang ramai berpusu-pusu pulang ke lokaliti undi serentak.


“Lazimnya ramai pengundi pantai timur masih tak tukar alamat tempat undi, walaupun menetap di perantauan.


“Penyudahnya, tak mustahil jalan akan sesak macam waktu perayaan,” katanya.




 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]