Pengadil punca City tersingkir

in Sukan by


PEP Guardiola menyalahkan keputusan pengadil selepas pasukannya tewas 1-2 dalam aksi suku akhir kedua kepada Livepool sekali gus tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara kepada Liverpool, awal pagi tadi.


City tampak mendominasi aksi di Etihad dan selepas Gabriel Jesus membuka tirai jaringan, Leroy Sane menggandakan kelebihan tetapi jaringan pemain Jerman itu dibatalkan kerana ofsaid walaupun James Milner dilihat terlebih dahulu menyentuh bola tersebut.


Situasi itu membuatkan Guardiola mempersoalkan tindakan pengadil, Mateu Lahoz ketika tamat babak pertama sehingga diarahkan untuk duduk di bangku penonton.


Guardiola percaya keadaan akan menjadi berbeza sekiranya pengadil perlawanan mengikut rentak mereka dalam dua aksi tersebut.


“Saya katakan itu adalah gol apabila bola dihantar kepada Leroy Sane. Sebab itulah dia perintahkan saya keluar padang. Situasi akan berubah jika kedudukan semasa adalah 2-0.


“Pertandingan ini cukup penting buat pasukan, jadi keputusan pengadil itu sangat penting,” kata pengendali berusia 47 tahun itu.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]