Peruntuk RM800 juta

in Bisnes by


MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) memperuntukkan RM800 juta daripada perbelanjaan modalnya untuk membina prasarana, kemudahan, sistem dan peralatan bagi Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seluas 32.42 hektar yang dijangka beroperasi sepenuhnya dalam suku ketiga 2020.


Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, penyerahan  tapak Taman KLIA Aeropolis DFTZ itu, yang disebut-sebut sebagai platform e-dagang dunia pertama dunia, dijangkakan pada Ogos tahun ini kepada syarikat usaha sama bagi pembangunan kemudahan.


“Ia sudah 20 peratus siap dan kami menjangkakan DFTZ akan menggandakan kuantiti kargo KLIA kepada 1.5 juta tan metrik dalam tempoh 10 tahun akan datang daripada 700,000 tan metrik setahun ketika ini,” katanya pada sidang akhbar mengenai projek perintis DFTZ, di Sepang, Selangor.


Kemudahan itu akan merangkumi 1.2 juta kaki persegi kawasan lantai kasar bagi terminal kargo, pusat penyisihan, rumah gudang dan pejabat operasi.


Selain itu, MAHB juga menyasar membangunkan satu lagi kemudahan kargo merangkumi kawasan lantai kasar seluas satu juta kaki persegi dalam tempoh tiga tahun akan datang.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]