Polis siap siaga hadapi PRU14

in Edisi Utara by


KEPALA BATAS – Polis akan sentiasa memastikan perjalanan dan sepanjang tempoh PRU14 ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis sentiasa siap siaga dalam menghadapi PRU14.


Malah menurutnya, polis turut mempertingkatkan segala bentuk latihan terutamanya dalam perkhidmatan.


“Ia meliputi sebarang aspek latihan, dalam masa sama kita tetap siap siaga dalam menghadapinya.


“Semua kawasan dalam Seberang Perai Utara ini kita jadikan sebagai kepentingan utama, yang mana kawalan keselamatan sentiasa diutamakan,” katanya ketika hadir dalam program kayuhan komuniti riang di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.


Majlis dirasmikan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang isu keselamatan dan boleh keluar mengundi seperti biasa.


“Tak perlu risau, polis sentiasa ada bagi memastikan keamanan dan ketenteraman ketika PRU14.


“Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan bilik gerakan polis sekiranya berlaku sebarang kejadian,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]