Pusingan kedua Cub Prix di Temerloh ditangguhkan

in Sukan by


PUSINGAN kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 di Temerloh, Pahang, pada 5 dan 6 Mei ini telah ditangguhkan ke satu tarikh baharu bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Promoter kejohanan, Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd., memaklumkan penangguhan tersebut diputuskan memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal pada 5 Mei ini, iaitu sama dengan tarikh jadual perlumbaan berkenaan.


‘’Atas nasihat dan perbincangan bersama kerajaan negeri Pahang, kami memutuskan untuk menunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian,’’ demikian menurut kenyataan tersebut.


Pusingan pertama pertandingan berkenaan berlangsung di Litar Tangkak, Johor, pada 31 Mac hingga 1 April lepas. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]