Rasai pengalaman di balik tirai besi

in Edisi Johor by


SIMPANG RENGGAM – Uda Holdings Berhad (Uda) menerusi anak syarikatnya Uda Angsana Sdn Bhd menganjurkan program tanggungjawab sosial Angsana@We Care! mendekati penghuni Penjara Simpang Renggam.


Seramai 36 kakitangan Angsana Johor Bahru Mall turut serta dalam program yang pertama kali diadakan bersama pihak Penjara Simpang Renggam.


Ketua Pegawai Operasi UDA Angsana Sdn Bhd, Imran Salleh berkata, program yang diadakan itu merupakan satu program tanggungjawab sosial syarikat kepada masyarakat.


“Selain pendedahan kepada kakitangan Uda Angsana sendiri untuk merasai pengalaman kehidupan di balik tirai besi.


“Program ini juga adalah sempena sambutan ulang tahun Angsana Johor Bahru Mall ke-21 pada tahun ini,” katanya.


Hadir merasmikan program berkenaan, Pengarah Penjara Simpang Renggam, Timbalan Komisioner Penjara Ramli Osman dan Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam, Penolong Komisioner Penjara Azman Mohd Ali.


Imran berkata, dalam program tersebut pihaknya menganjurkan aktiviti bersama 50 penghuni penjara dengan mengadakan bacaan tahlil dan Yasin di Surau Al Hajr@Angsana.


Katanya, menerusi program tanggungjawab sosial itu, pihaknya turut memberikan sumbangan bantuan dengan menambah baik surau dan dewan di Penjara Simpang Renggam.


“Pihak penjara turut menamakan dewan yang ditambah baik oleh kami dengan nama Dewan Sri Angsana sebagai tanda terima kasih dan sokongan Uda Angsana kepada Jabatan Penjara Malaysia,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]