Tak jemput pemimpin politik

in Global by


LONDON – BRITAIN . Media tempatan, semalam melaporkan pemimpin politik termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri, Theresa May tidak dijemput untuk meraikan perkahwinan diraja Britain, Putera Harry bersama pasangannya Meghan Markle.


Keputusan itu dibuat berdasarkan kapasiti gereja dan kedudukan Putera Harry yang merupakan pewaris kelima dalam baris pengganti takhta.


Bekas Presiden AS, Barack Obama dan isterinya, Michelle yang merupakan rakan kepada Putera Harry tidak tersenarai sebagai jemputan.


Difahamkan, antara 1,200 orang awam yang dibenarkan memasuki Istana Windsor pada 19 Mei depan adalah Amelia Thompson, 12, yang cedera dalam insiden serangan berdarah di Manchester Arena pada Mei tahun lalu.


Istana Kensington dalam satu kenyataan memaklumkan pemilihan jemputan yang tidak menyenaraikan pemimpin politik itu dibuat selepas berunding dengan kerajaan.


“Seramai 2,640 juga akan dijemput di Istana Windsor di mana pasangan tersebut akan dikahwinkan di gereja kecil St George pada 19 Mei depan,”


Pada 2011, senarai jemputan tetamu ketika perkahwinan Duke dan Duchess of Cambridge adalah terdiri daripada keluarga diraja asing, duta, tokoh agama dan ahli politik seluruh dunia. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]