Trump ugut serang Syria

in Global by


WASHINTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran menerusi Twitter bahawa Rusia harus bersedia dengan kemungkinan sekutu kuatnya Syria bakal diserang susulan insiden serangan yang disyaki menggunakan senjata kimia di bandar Douma.


“Bersedialah Rusia, peluru berpandu akan datang menyerang!” kata Trump menerusi Tweetnya.


Terdahulu, tentera Rusia pada 13 Mac lalu berkata, Moscow akan memintas mana-mana roket yang dilancarkan ke Syria.


“Jika berlaku serangan oleh Amerika, peluru berpandu akan ditembak jatuh dan sumbernya akan disasarkan,” kata Duta Rusia ke Lubnan, Alexander Zasypkin kepada televisyen Hizbullah, al-Manar.


Kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad menafikan sebarang penglibatan dalam insiden serangan senjata kimia di bandar Douma Sabtu lalu yang meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa dengan lebih 1,000 yang lain cedera. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]