3 hari tempoh paling ideal balik mengundi?

in Politik by


PEMBACA Sinar Harian rata-rata mengundi tempoh tiga hari bagi tujuan pulang ke kawasan masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


Menerusi undian dilakukan oleh Sinar Harian berdasarkan tajuk ‘Berapa lama perlu cuti untuk balik mengundi’ mendapati  2,162 pembaca memberi emoji ‘love’ bagi mengundi  tiga hari.


Sementara  1,019 memberi tanda ‘like’ bagi mengundi dua hari tempoh sesuai untuk balik mengundi.


Manakala, 233 pembaca memberi emoji marah bagi menyatakan bahawa mereka tidak mengundi kali ini.


Sementara itu , 201 pembaca memberi emoji ketawa bagi menyatakan persetujuan hanya sehari untuk balik mengundi.


Dalam pada itu , 108 memberi emoji wow bagi menyatakan bahawa mereka belum fikir mengenai perihal balik mengundi.


Dan 101 pembaca memberi emoji sedih bagi menyatakan bahawa hanya perlu balik hari untuk tujuan tersebut.


‘Poll’ dilakukan menerusi Facebook Sinar Harian ini mencatatkan 3,824 undian secara keseluruhan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]