Agen saraf sah buatan Rusia

in Global by


LONDON – BRITAIN. Pemerhati senjata kimia dunia, hari ini mengesahkan kajian Britain bahawa agen saraf yang digunakan dalam serangan ke atas bekas pengintip Kremlin dan anaknya di England bulan lalu berasal dari Rusia.


Sampel yang diuji Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) mengesahkan kajian dibuat United Kingdom bagi mengenal pasti kimia toksik yang digunakan.


OPCW, bagaimanapun tidak menamakan kimia itu dan berkata butiran lanjut akan didedahkan dalam laporan sulit sepenuhnya untuk negara yang menyertai pertubuhan itu.


Britain dan sekutunya termasuk Amerika Syarikat menyalahkan Moscow di atas serangan pada 4 Mac lalu ke atas Sergei Skripal dan anaknya, Yulia, di Salisbury.


Tuduhan tersebut disangkal Rusia lalu mencetuskan gelombang pengusiran diplomat kedua-dua pihak. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]