DAP sanggup gadai perjuangan demi politik

in Politik by


SHAH ALAM – Tindakan DAP bersetuju guna logo PKR pada PRU14 jelas menampakkan parti berkenaan sanggup menggadaikan prinsip  parti i untuk menjaga kepentingan politik, kata Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.


Beliau berkata, parti berkenaan sanggup berbuat apa sahaja dan mengetepikan maruah  parti yang diperjuangkan selama ini. Kalau dahulu saling kata mengatakan sesama mereka sekarang duduk bersama.


“Saya tengok kalau parti sebegini memerintah negara kita, mereka selalu menghalalkan cara dan yang penting bagi mereka ialah kedudukan politik seperti di Selangor, saya tak taulah.


“Dahulu kita dengar Pas dapat peruntukan daripada  kerajaan negeri, tiba-tiba tahun ini katanya wakil rakyat Pas mengeluh sebab peruntukan wakil rakyat tidak ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Pendidikan Pegetua & Guru Besar Selangor di sini, hari ini.


Menurutnya, ini menunjukkan mereka  akan berbuat apa sahaja sama ada sanggup menikam daripada belakang dan sanggup tidak setia sesama mereka.


“Apabila mereka menang esok maka kita lihatlah perpecahan sesama mereka  kerana prinsip perjuangan berbeza dan akhirnya yang rugi adalah rakyat,” katanya.


AKAN MENYUSUL


Source: SH Politik

[featured-video-plus]