DBKL bakal iktiraf pembangunan mesra OKU

in Edisi by


KUALA LUMPUR – Selepas lima tahun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi bakal mengiktiraf pembangunan di ibu negara yang mengaplikasikan konsep serta prinsip rekabentuk sejagat atau universal design, menerusi Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin, berkata, Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018 ini adalah merupakan penganugerahan yang kedua diadakan setelah penganugerahan yang pertama iaitu pada tahun 2013.


Menurutnya, Pelaksanaan ini adalah selaras dengan perancangan dan komitmen yang terkandung di dalam Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2010 –2020 iaitu yang menjurus kepada ‘Mempertingkatkan Kualiti Kesejahteraan Hidup Wargakota’.


“Pembangunan yang mempunyai kemudahan dan persekitaran yang bercirikan ‘universal design’ akan dapat memenuhi keperluan akses untuk semua golongan individu termasuk kanak-kanak, orang-orang tua dan golongan orang kurang upaya (OKU).


“Atas dasar itulah maka DBKL berhasrat untuk mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan pemilik, pemaju, perunding seperti arkitek, jurutera, perancang bandar dan mereka yang terlibat di dalam sektor pembinaan supaya peka dan mengambilkira konsep bebas halangan ini di semua peringkat pembangunan bermula dari peringkat perancangan, penghasilan konsep rekabentuk sehingga pembinaan juga termasuk kaedah-kaedah penyelenggaraan,”katanya pada Majlis Pelancaran Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018, di sini, hari ini.


Tambah beliau, pembangunan yang mengaplikasikan ciri-ciri universal design dan barrier- free terutamanya di bangunan-bangunan yang dikunjungi oleh orang awam, dapat menjadikan golongan seperti OKU ini lebih


inklusif, dapat membina keyakinan diri, bersifat berdikari untuk memajukan diri tanpa rasa terpinggir.


“Oleh itu, bagi memastikan setiap pembangunan itu memenuhi keperluan semua golongan ini, maka sesuatu pembangunan itu perlulah mematuhi garispanduan dan piawaian ‘universal design’ serta dilaksanakan dengan teliti mengikut spesifikasi dan kesinambungan yang teratur.


“Merujuk kepada kepentingan inilah maka DBKL mengambil inisiatif untuk mengenalpasti bangunan-bangunan yang memenuhi keperluan kemudahan akses bagi semua golongan untuk diberikan pengiktirafan dan penghargaan,”katanya.


Anugerah berkenaan terbuka kepada projek-projek kerajaan dan swasta yang terletak di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja iaitu untuk tipologi pembangunan yang pengunjungnya adalah orang awam seperti hab pengangkutan, komersil, bangunan kerajaan dan ruang awam.


Antara bangunan-bangunan yang terkandung di dalamnya adalah seperti pejabat, pembangunan bercampur, rumah kedai, rumah ibadat, pusat perubatan, hotel, institusi pendidikan dan taman-taman awam.


Pengemukaan pencalonan adalah terbuka kepada beberapa pihak iaitu dari badan-badan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan seperti Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Association of Consulting


Engineers Malaysia (ACEM), Malaysian Institute of Planners (MIP), Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM), Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) dan lain-lain.


Pemilik-pemilik bangunan juga boleh mencalonkan bangunan-bangunan milik mereka sekiranya mereka telah menyediakan keperluan serta kemudahan akses untuk golongan OKU.


Begitu juga Ahli Pasukan Bangunan sesuatu pembangunan yang terdiri dari Kontraktor, Arkitek, Jurutera, Arkitek Landskap, Pereka Dalaman dan juga orang awam adalah dialu- alukan untuk mengemukakan pencalonan ke atas pembangunan yang mereka telah laksanakan.


Langkah seterusnya adalah semakan oleh urusetia program diikuti dengan pelaksanaan audit akses oleh ‘access auditor’ dan para juri ke atas bangunan-bangunan yang telah di senaraipendekkan bagi menentukan pematuhan terhadap prinsip-prinsip ‘universal design’ dengan merujuk kepada borang pemarkahan.


Anda yang berhasrat untuk bertanding, boleh kemukakan pencalonan anda bermula pada 12 April 2018 sehingga 11 Mei 2018. Lain-lain maklumat terperinci boleh didapati dari pihak urusetia program.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]