Ibu KSN selamat disemadikan

in Edisi Johor by


KLUANG – Ibu kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang meninggal dunia akibat sakit tua selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.


Terdahulu, jenazah Allahyarham Mariamah Ali, 83, telah disolatkan di Surau Taman Emas, di sini.


Allahyarham yang mempunyai lapan anak menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Jalan Sahabat 5, Taman Emas di sini, kira-kira 5.30 petang semalam.


Ali berkata, ibunya pernah mengalami strok kira-kira 20 tahun lalu hingga mengakibatkannya koma namun selepas itu keadaannya beransur pulih.


“Arwah tidak ada apa-apa sakit sampingan tetapi dua tiga hari ini, dia menjadi lemah sedikit, tidak selalu boleh duduk dan makan sendiri.


“Sampailah semalam, langsung tidak dapat berbuat apa-apa, cuma dia minta air. Sempat adik saya bagi air zam zam dan dalam pukul 5.30 petang itu dia menghembuskan nafas terakhir,”katanya ketika ditemui majlis  pengebumian jenazah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu di sini, hari ini.


Katanya, keluarga adiknya ada menemani Allahyarham saat menghembuskan nafas terakhirnya.


“Masa itu, saya masih bertugas di Putrajaya dan hanya pulang ke kampung malam tadi,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]