Jadikan telefon bimbit sebagai dompet mudah alih

in Bisnes by


GEBENOR Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim menggesa semua peserta industri menggiatkan pelaksanaan platform Pembayaran Runcit Masa Nyata (RPP) pada masa depan memandangkan ia menawarkan manfaat yang besar.


“Marilah kita menjadikan perkhidmatan RPP sebagai perkhidmatan isi rumah dan mentransformasikan semua telefon mudah alih kepada dompet mudah alih.


“RPP bukan hanya perkhidmatan perbankan malah sebagai penyelesaian gaya hidup,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di majlis Anugerah Kecemerlangan E-Pembayaran Malaysia (MEEA) 2018 Kuala Lumpur.


Menjelaskan manfaat RPP, beliau berkata ia akan membolehkan pengguna membuat dan menerima pembayaran secara mudah menggunakan nombor kad pengenalan, pendaftaran perniagaan dan telefon mudah alih atau menerusi imbasan kod QR yang sama.


“Kita tidak perlu lagi bersusah-payah mengingati nombor akaun,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]