Jet F-15 Israel bom Genting Gaza

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Sekurang-kurangnya seorang penduduk Palestin maut dan beberapa yang lain cedera selepas jet Israel membedil Genting Gaza yang dikepung.


Menurut satu laporan awal hari ini, serangan udara itu dilakukan di daerah Shujaiyya di timur Gaza.


Pihak rejim turut membedil kawasan pantai di bahagian utara Gaza.


Pihak Israel berkata, serangan disasarkan terhadap kedudukan kemudahan pergerakkan Hamas.


Zionis berkata, serangan udara itu adalah sebagai tindak balas terhadap insiden letupan berhampiran pagar sempadan Gaza-Israel. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]