Kapal perang Rusia tinggalkan Syria

in Global by


MOSCOW – RUSIA. Kapal perang Rusia dikatakan meninggalkan pangkalan tentera laut Tartus di Syria, lapor agensi berita Interfax.


Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Rusia di dewan rendah Parlimen, Vladimir Sharmanov berkata, kapal terbabit meninggalkan pangkalan di Mediterranean kerana bimbang akan keselamatan mereka.


“Perkara itu adalah amalan biasa apabila ada ancaman serangan,” kata Sharmanov.


Sementara itu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin dilaporkan membincangkan perkembangan terbaharu di Syria dalam satu panggilan telefon hari ini.


Menurut sumber kedua-duanya bersetuju untuk terus berhubung. -Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]