Kena kerja keras!

in Politik by


KOTA BHARU – Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan semua jentera pilihan raya di Kelantan bekerja keras dan tidak boleh terlalu yakin dapat menawan negeri ini dengan mudah biarpun terdapat pelbagai cabaran dihadapi Pas kini.


Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, itu antara ‘wake up call’ daripada ketua kepimpinan parti yang mengingatkan seluruh jentera di negeri ini bekerja bersungguh-sungguh demi merealisasikan impian rakyat Kelantan inginkan perubahan di negeri ini.


“Harapan Perdana Menteri tadi (semalam) supaya semua jentera di setiap peringkat mempertingkatkan gerak kerja, jangan terlalu ambil mudah sehingga sampai ke hari membuang undi,” katanya kepada media, semalam.


Berliau berkata demikian selepas menghadiri pertemuan tertutup Umno Kelantan bersama Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.


Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pada pertemuan tersebut, Najib tidak memberi bayangan mengenai nama-nama calon BN yang akan bertanding di Kelantan pada PRU14 nanti.


Dalam pada itu, mengulas mengenai tarikh pilihan raya yang diadakan pada hari bekerja pula, Annuar berkata, itu semua tidak akan memberi kesan kepada pengundi luar memandangkan ia pernah berlaku sebelum ini.


Lagipun katanya, hari mengundi akan diisytiharkan sebagai cuti dan pengundi luar boleh pulang untuk menjalankan tanggungjawab mereka pada 9 Mei nanti.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]