Kerusi Dun Puteri Wangsa kembali kepada Umno?

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU –  BN Johor memberi bayangan akan mengembalikan semula kerusi Dun Puteri Wangsa kepada Umno pada PRU14 nanti.


Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerusi berkenaan akan dikembalikan sekiranya mendapat sokongan penuh daripada pengundi di kawasan tersebut.


“Kita boleh kembalikan kerusi Dun Puteri Wangsa kepada Umno tapi kalau semua tak beri sokongan buat apa kita nak balik macam dahulu?


“Kalau tuan-tuan dan puan-puan boleh pastikan menyokong BN, kita balik macam dahulu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Taman Bukit Mutiara, Taman Cahaya Masai dan Kong Kong Laut, di sini, hari ini.


Ketika ditanya mengenai pertukaran kerusi berkenaan, Mohamed Khaled secara berseloroh memberitahu itu adalah bayangan daripadanya.


“Begitulah maksud saya (Dun Puteri Wangsa kembali pada Umno). Itu saya bagi ‘hint’,” katanya.


Kerusi Dun Puteri Wangsa sebelum ini diwakili calon Umno, namun diserahkan kepada MIC pada PRU13.


Pada PRU lalu, M Soorianarayanan (calon BN) tewas dalam pertembungan tiga penjuru kepada calon Pas, Abdullah Husin dengan majoriti 3,469 undi manakala D Ravindaran (bebas) sekadar 973 undi.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]