Lebih baik syarikat tidak beroperasi hari mengundi

in Politik by


SHAH ALAM – Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, dari segi praktikalnya adalah lebih baik syarikat tidak beroperasi pada hari mengundi pada 9 Mei ini.


Ini kerana menurutnya, langkah itu bagi memudahkan para pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.


“Ya, adalah lebih baik syarikat tidak beroperasi pada hari itu . Tetapi syarikat boleh menggantikan cuti am itu kepada hari lain terutamanya untuk syarikat yang perlu beroperasi berterusan seperti pengangkutan awam dan perhotelan,” katanya kepada Sinar Harian.


Katanya, seksyen 60 D Akta Kerja memberi cuti yang diumumkan  adalah  tambahan kepada cuti umum yang sedia ada.


[ARTIKEL BERKAITAN: Putrajaya isytihar cuti umum hari buang undi]


Kerajaan baru-baru ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi PRU14.


Menurut Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU14 itu merupakan hari bekerja.


“Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut kenyataan itu.


Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]