Longgokan kereta buruk terbakar

in Edisi Pahang by


BERA – Lebih 20 buah kendereaan buruk hangus dalam kebakaran di sebuah premis di Batu 1, Jalan Temerloh dekat Triang, malam tadi.


Komander Operasi Kanan Zon 2 Pahang, Mohd Arshad Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 10.35 malam.


“Searmai 13 anggota bomba yang bertugas tiba di lokasi pada 10.35 malam.


“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 12.30 tengah malam,” katanya.


Menurutnya, pihak bomba menggunakan dua aliran hos dari air tangki jentera, serta hos hantaran sepanjang 500 kaki air pili bomba.


“Bomba Sukarela Kemayan turut membantu di lokasi sekitar jam 11.00 malam dan bertindak menggunakan satu aliran hose air tangki jentera,” katanya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]