Peringatan untuk rakyat Terengganu

in Politik by


HULU TERENGGANU – Rakyat Terengganu diingatkan tidak mengulangi sejarah  PRU10 di mana BN ‘kehilangan’ satu penggal.


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menasihatkan rakyat supaya tidak lagi menoleh ke belakang.


“Pada PRU kali ini (PRU14), jangan toleh ke belakang, siapa pun calon di peringkat parlimen atau dun, atas nama panji-panji BN, kita sokong calon itu.


“Banyak (calon) yang layak tapi kita tentukan mengikut kajian oleh agensi-agensi perisik dan diulangi dengan kajian yang bebas,” katanya di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang di sini, semalam.


Ahmad Zahid juga selaku Timbalan Perdana Menteri itu berkata, keutamaan calon yang dipilih adalah mengikut kehendak rakyat dan bukan kehendak individu-individu tertentu.


Dalam masa sama, beliau turut berharap calon yang tidak tersenarai bersikap lapang dada dan berfikiran terbuka.


Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, BN mampu mencapai 99.4 peratus manifesto yang dijanjikan pada PRU13 lalu kepada rakyat di seluruh negara dan yakin apa yang dijanjikan BN pada PRU14 kali ini mampu dicapai dengan lebih tinggi lagi.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]